Pembelian makanan berserta minuman tin F&N 325 ml (kecuali air mineral) sekurang-kurangnya RM20.00 dalam satu resit di Medan Selera Mesra Mall, Pelanggan berpeluang menebus RM10 baucar tunai Mesra Mall.
1. Terma & Syarat
- a. Kempen Makan Dan Tebus ini dianjurkan oleh Mesra Mall (“Penganjur”) bermula 03 Julai 2022 sehingga 17 Julai 2022.
- b. Pembelian makanan berserta minuman tin F&N 325 ml (kecuali air mineral) sekurang-kurangnya bernilai RM20.00 dalam satu resit di Medan Selera Mesra Mall, Pelanggan berpeluang menebus RM10 baucar tunai Mesra Mall.
- c. Hanya resit asal sahaja diterima oleh pihak Penganjur dan pembelian hanya dibuat dari Medan Selera Mesra Mall sahaja.
- d. Penebusan RM10 baucar tunai Mesra Mall mesti dibuat pada hari yang sama dengan pembelian oleh Pelanggan.
- e. Terhad kepada satu (1) penebusan setiap Pelanggan, setiap hari, sementara stok masih ada.
2. Baucar tunai Mesra Mall bernilai RM10
- a. Nilai baucar adalah di dalam Ringgit Malaysia
- b. Terhad kepada 500 keping baucar sahaja untuk kempen ini.
- c. Baucar ini tidak boleh dijual atau ditukar dengan wang tunai atau barangan Iain.
- d. Baucar ini hanya boleh digunakan di Medan Selera Mesra Mall sahaja.
- e. Baucar ini mesti ditebus sebelum atau pada tarikh luput yang dinyatakan pada baucar ini.
- f. Sekiranya nilai pembelian kurang daripada nilai baucar ini, tidak ada bayaran balik akan diberikan.
- g. Sekiranya nilai pembelian lebih daripada nilai baucar ini, Pelanggan akan menanggung kos tambahan.
- h. Baucar yang rosak, koyak, diubah, hilang atau dicuri tidak akan diganti, dikembalikan atau ditebus dengan bauchar baharu.
- i. Baucar asal berserta nombor siri sahaja diterima. Salinan pendua tidak diterima sama sekali.
- j. Tiada baucar lain yang akan dikeluarkan untuk transaksi baucar yang telah digunakan, tidak kira sama ada baucar yang digunakan sepenuhnya atau sebahagian daripada harga belian.
3. Umum
- 3.1 Dengan menyertai kempen ini, Pelanggan dianggap:
- a. telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat yang dinyatakan di sini.
- b. telah memberikan persetujuan kepada Penganjur untuk mengumpulkan, merekod, menyimpan, menggunakan dan mendedahkan maklumat peribadi mereka untuk pengiklanan, publisiti, pemasaran, komunikasi dan tujuan yang diperlukan atau berkaitan dengan penyertaan dalam kempen ini.
- c. telah bersetuju bahawa gambar atau klip video mereka boleh digunakan untuk iklan atau publisiti sepanjang kempen berjalan tanpa tuntutan pembayaran atau pampasan.
- 3.2 Penganjur berhak menarik, membatalkan, menangguhkan, melanjutkan atau menghentikan kempen ini lebih awal atau keseluruhan, atau untuk mengubah, menghapus, atau menambah Terma dan Syarat pada bila-bila masa. Untuk mengelakkan keraguan, sebarang pembatalan, penamatan atau penangguhan oleh Penganjur tidak akan memberi Pelanggan hak untuk menuntut pampasan terhadap Penganjur atas sebarang atau semua kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh Pelanggan sama ada sebagai akibat langsung atau tidak langsung daripada tindakan pembatalan, penamatan atau penggantungan.
- 3.3 Penganjur berhak untuk menggantikan hadiah dengan hadiah lain yang sama nilai tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.




