Untuk si manja tersayang, haruslah kita tidak boleh lupakan kerana mereka inilah yang paling gembira sekali apabila mengenakan pakaian dan kasut yang cantik.
Kasut Adidas Kids Dari Al-Ikhsan
Sandal yang ringkas rekaannya ini amat bersesuaian bagi kanak-kanak baru mula berjalan kerana tapaknya yang lembut dan rata keselesaannya serta bahagian talinya yang boleh di araskan mengikut saiz kaki.
Poney – Baby Poney
Poney kini menawarkan koleksi Poney Essential untuk simanja yang berumur dari 3 bulan hingga ke 12 bulan. Koleksi ini terdiri daripada romper, dress, dungaree, bodysuit, sleeve tee, pants dan banyak lagi.
Warna-warna pastel ini menambahkan lagi kecantikan kepada koleksi ini.
Kasut Superhero Dari Bata
Memang menarik promosi watak-watak adiwira ataupun lebih di kenali sebagai superhero ini sehinggakan anak-anak mengidolakan watak-watak ini.
Dengan ini Bata mengeluarkan pelbagai koleksi superhero dan di antaranya Marvel dan Disney Frozen.
Bagi kanak-kanak lelaki amat sesuai dengan sandal Marvel yang selesa di gayakan pabila berjalan bersama dan untuk kanak-kanak perempuan kasut bertutup amat cantik di gayakan bersama dress ataupun baju kurung.
Koleksi Buku Mewarna Dari Popular Bookstore
Siapa yang tidak kenal dengan jenama kedai buku Popular!
POPULAR menawarkan pelbagai pilihan buku tempatan mahupun antarabangsa, tidak kira apa jua genre. Piihan buku untuk dewasa, kanak-kanak sangat mudah di dapati di sini. Bagi kanak-kanak, terdapat banyak pilihan buku membaca, melukis mahupun mewarna.
Terdapat buku-buku mewarna Boboboy Galaxy, Papa Pipi dan macam-macam lagi yang sesuai untuk anak-anak yang berumur 4 tahun ke atas.
We use cookies to ensure that we give you the best experience on our website. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.Ok