Bukan wanita sahaja untuk kelihatan anggun tapi para pria ni ingin kelihatan kemas dan segak bergaya pabila berada di samping yang tersayang.
Pierre Cardin
Koleksi Pierre Cardin Fall’21 ini menggabungkan konsep modenisme dengan kod fesyen futuristik. Pelbagai jenis kasut yang boleh jadi pilihan anda semua untuk semua acara seperti acara formal, makan malam, ke pejabat.
Hush Puppies
Cantik pulak koleksi terbaru Hi J dari Hush Puppies ini. Kalau anda nak tahu, Hi J koleksi beg kasual khas untuk di gayakan ketika hujung minggu. Memperkenalkan Jason A Sling Bag, beg sling yang sangat cantik di gayakan.
Materialnya polyester dan mempunyai ruang poket di bahagian luar dan dalam dan strap yang boleh di ubah alih. Warna hitam memang amat sesuai untuk jejaka di luar sana.
Kaca Mata POLICE Dari Focus Point
Jenama kaca mata POLICE ini memang tidak asing lagi bagi para peminatnya.
POLICE senantiasa menentukan gaya anda yang tersendiri selaras dengan kemajuan trend terkini. baik dari segi gaya dan kualiti, inovasi mahupun reka bentuk cermin matanya.
Di waktu panas terik ketika ini ayuh bergaya dengan cermin mata hitam dari POLICE yang anda boleh dapatkan di Focus Point.
Cermin mata Lewis 41 ini adalah cermin mata yang berbingkai optik yang membezakan dirinya dengan bentuk logam oktagon yang bergaya dan profil bahagian hadapannya yang tebal. Model ini diperkaya dengan butiran kecil yang diselitkan pada kuil logam, seperti logo Panther Lewis Hamilton. Model cermin mata ini boleh dibeli dalam varian warna yang berbeza, ada yang dicirikan oleh enamel pada bahagian hadapan.
Giordano
Koleksi Dear Future dari Giordano ini merupakan koleksi kasual yang berkonsepkan futuristik dan minimalist ini sesuai untuk digayakan untuk jejaka yang memang suka pakaian minimalist dan selesa.
Selesa di gayakan bersama-sama yang tersayang, konsep baru Giordano ini bukan sahaja menarik tetapi berpatutan dan berkualiti tinggi.
We use cookies to ensure that we give you the best experience on our website. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.Ok