Ibu!!
Satu-satu insan yang yang paling istimewa di hati seorang anak.
Kerana ibulah kita dapat melihat dunia ini, membesar dan menjadi manusia yang berjaya sekarang ini. Ibu yang bersusah payah daripada kita lahir hingga dewasa dan seterusnya apabila kita berkeluarga ibu juga senantiasa menjaga kita walaupun kita nun jauh di mana jua kita berada.
Kalau anda semua nak tahu yang sambutan Hari Ibu di adakan setiap hari Ahad minggu kedua pada bulan Mei setiap tahun. Merata-rata lokasi seperti hotel, pusat membeli belah, restoran, cafe mengadakan promosi Hari Ibu secara besar-besaran.
Selain daripada sejambak bunga dan sekotak kotak, agak-agak apa yang patut kita sebagai anak hadiahkan untuk ibu kita pada tahun ini.
Untuk itu, saya ingin mencadangkan beberapa produk yang sesuai di hatikan untuk ibu tercinta.
Palm Evermore Satchel Dari Sembonia
Beg tangan ini di reka dalam reka bentuk bunga –bunga comel dan sesuai di gayakan pada setiap hari tidak kira di mana jua. Ianya mempunyai beberapa lapisan ruang pemyimpanan barang yang berzip. Ianya juga mempunyai beberapa poket tambahan di bahagian luar yang mana boleh menyimpan barang-barang penting seperti kunci kereta, kunci rumah, telefon, powerbank dan banyak lagi.
Mempunyai 2 tali iaitu tali pendek dan panjang yang boleh di laras mengikut kesesuaian.
Mari tengok koleksi ini di https://www.sembonia.com/shoponline/new-arrivals/palm-evermore-satchel.html
Koleksi Premium Black Musk Dari The Body Shop
The Body Shop merupakan rangkaian penjagaan diri yang telah lama bertapak sejak berpuluh tahun yang lalu dan terkenal dengan produk-produk yang berkualiti tinggi dan koleksi ini dihasilkan daripada bambinella pear, dark liquorice root dan warm notes of black vanilla. Koleksi Black Musk Premium dari The Body Shop ini adalah set hadiah yang sempurna untuk di jadikan hadiah bagi yang teristimewa.
Koleksi yang terdiri daripada
- Black Shower Gel 250ml
- Black Musk Body Lotion 250ml
- Black Musk Eau de Toilette 30ml
The Body Shop – Black Musk premium collection di https://www.thebodyshop.com.my/what-s-hot/new-in/black-musk-premium-collection.html
Violetta Set in Blue Dari Rasa Sayang
Rasa Sayang adalah pusat fesyen yang ditubuhkan pada tahun 2012 yang menyediakan Pakaian Muslimah Terbaik di Malaysia untuk kedua-dua tradisional dan moden. Koleksinya disasarkan kepada wanita Islam, dari pakaian sederhana dan moden yang sesuai untuk pakaian kasual.
Apa kata untuk hari Ibu ini kita hadiahkan sepasangan pakaian untuk ibu kita. Jemu dengan baju kurung mahupun kebaya? Koleksi di Rasa Sayang ini menawarkan pelbagai jenis pakaian moden khusus untuk para wanita di luar sana dan saya rasa salah satunya bakal menambah hati anda untuk di jadikan hadiah.
Violetta Set in Blue ini merupakan set pakaian iaitu baju dan seluar sekali pada corak yang sama. Untuk bajunya ianya ada peplum dan bercorak bunga-bunga dan seluarnya pula ada jenis palazzo dan sesuaikan di gayakan pada hujung minggu keluar bersantai bersama keluarga.
Rasa Sayang Violetta Set in Blue di https://www.rasasayang.com.my/product/violetta-set-in-blue/
Samsung: Galaxy S20 Ultra 5G
Wah ibu anda seorang yang tech savvy?
Sentiasa mengikuti perkembangan semasa dan menggunakan telefon jenis lama, apa kata anda ‘upgradekan‘ telefonnya ke Samsung Galaxy S20 Ultra 5G.
Dengan mempunyai 4 jenis fungsi camera dapatkan ibu anda mengambil gambar menu makanan dan selfie yang cantik bersama cucu-cucunya nanti. Mempunyai kadar kelajuan internet 5G dapatlah ibu anda melungsuri internet dan membuat video call bersama sanak saudara dan sahabat handai tanpa gangguan.
Serta jangan di lupakan ciri-ciri keselamatan seperti penggunaan cap jari untuk membuka telefon ini sangat-sangat praktikal sekali.
Boleh dapatkan di https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-s20/
Eurobio Bio-Vizmax 30’s x 2 Dari Guardian
Eurobio® Bio-Vizmax adalah sejenis nutrien yang menyediakan penapisan cahaya, anti-oksida dan anti-keradangan, berkesan memaksimumkan ketajaman penglihatan dan mengekalkan kesihatan mata.
Lutein dan Zeaxanthin menjadi salah satu nutrien yang paling penting untuk kesihatan mata berfungsi sebagai antioksidan okular dan membantu penapisan cahaya UV. DHA dan EPA adalah penting untuk struktur saraf optik dan retina. Zink adalah agen anti-radang yang penting untuk enzim antioksidan. Ia adalah penting untuk mencegah kerosakan radikal bebas pada retina dan kanta dan keradangan. Betacarotene sebagai pro-vitamin A, adalah penting untuk penglihatan hitam, putih dan malam. Bersama Vitamin C, Vitamin E, Tembaga dan Selenium, mereka adalah antioksidan okular penting yang membantu mencegah kerosakan radikal bebas pada retina mata.
Boleh di dapati di Guardian https://guardian.com.my/index.php/health-care/supplement/immune-health/eurobio-bio-vizmax-30-s-x-2.html
Jadi yang mana satu pilihan anda?
Semuanya bergantung kepada budget anda, jika lebih boleh dapatkan sesuatu yang istimewa dan mahal tapi kalau budget biasa-biasa saja jangan bimbang. Pilihan-pilihan ini dapat di jadikan panduan untuk anda semua di luar sana.
Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat ku menyerah kasih
Wahai ibu
Sayangi ibu anda hingga ke akhir hayatnya
Walaubagaimana pun selamat menyambut Hari Ibu untuk para ibu diluar sana.