Sedar tidak sedar kita sudah mula melangkah ke tahun baru iaitu tahun 2019. Masa itu emas dan sekejap sahaja kita semua sudah meningkat usia dan memori tahun-tahun sebelum ini adalah pengalaman mematangkan kita semua. Betul tak? Tahun 2019 dan tahun yang bakal tiba ini kita perlu lebih bersedia. Kami dari Mesra Mall juga ingin memberi 4 Idea Azam Baru 2019. Nampak seperti lucu, tetapi ia amat bermanfaat untuk anda yang ingin mencuba sesuatu yang baru. Sama ada ia sekadar hobi, mungkin ia juga pencapaian baru kepada diri anda.
“Hentikan Selfie! Jom Mula Mengambil Fotografi Makanan!”
Selfie atau self portrait adalah fungsi ambil gambar yang mula tular pada sekitar tahun 2014 dengan kemunculan telefon pintar yang serba canggih. Anda sudah tidak perlu pusingkan kamera seperti Robert Cornelius yang mengambil “selfie” pertama pada sekitar tahun 1839 atau mengambil gambar menggunakan kamera belakang secara rawak sebelum kemunculan kamera selfie pertama pada tahun 2003 dari jenama Motorola A920. Kami masih ingat lagi!
Jadi, semua orang sudah tahu apa itu Selfie. Jom kita mulakan azam tahun baru dengan mengambil fotografi makanan. Makanan di Malaysia, terutamanya di Negeri Terengganu Darul Iman mempunyai pelbagai makanan istimewa. Selain makanan tradisional yang pelbagai, disini mempunyai seleksi makanan antarabangsa dari Afrika Selatan yang sedap iaitu Nando’s.
Disini kami kongsikan tips bagaimana mengambil gambar makanan yang sempurna! Apabila mengambil gambar makanan, anda perlu ada pencahayaan yang bagus. Ya, ia semua tentang pencahayaan! Walau restoran mempunyai lampu yang romantis, anda perlu kreatif untuk mencari sudut pencahayaan yang bagus. Nak gambar cantik dan pencahayaan yang tidak sukar? Anda boleh ambil gambar di bawah cahaya semulajadi. Bergerak sekitar restoran untuk mencari sumber cahaya terbaik. Anda boleh menggunakan telefon yang sedia ada, fotografi makanan tidak terbatas dengan hanya kamera kompak atau DSLR. Tumpukan pada objek yang paling penting iaitu makanan anda. Tetapi jangan terlalu banyak zoom sehingga tiada siapa tahu apa makanannya.
Fotografi makanan juga memberi kepuasaan apabila anda berjaya mengambil gambar yang cantik. Cuba ambil gambar dari atas seperti “bird view”, dari tepi menampakkan persekitaran atau latar belakang restoran dan gunakan prop yang sederhana. Supaya gambar anda kemas sempurna. Selamat mencuba!
Mesra Mall Sebagai Lokasi “Meet Up” Anda!
Liza : Hey apa kata kita meet up esok?
Siti : Dimana?
Ayu : Mesra Mall lah! Jom!
Mira : Tonton movie, makan dan main bowling k?
Liza : Orait!
Siti : Orait!
Ayu : Orait!
Mira : 10 pagi depan Boost Juice k!
Wah seronok plan aktiviti perjumpaan di Mesra Mall bersama insan tersayang kan. Macam-macam terdapat disini, malah ia sesuai untuk sesiapa sahaja! Window shopping bersama sahabat. Membeli-belah sekeluarga. Malah anda sibuk dengan kerjaya boleh datang ke sini untuk berbincang bersama pelanggan di cafe The Coffee Bean & Tea Leaf.
Mesra Mall terletak di Kemasik, Terengganu, ia adalah satu-satunya destinasi membeli-belah moden di Pantai Timur Malaysia. Kompleks moden bersaiz 310,000 kaki persegi, terdapat kedai berjenama tempatan dan global. Anda boleh membeli-belah, melakukan perbankan, berhibur dan makan-makan!
Mesra Mall mempunyai tempat makanan dari hidangan tempatan dan antarabangsa, TGV Cinemas, 24 lorong bowling, gelanggang skuasy, pusat futsal, gelanggang badminton, dan dewan snooker yang luas. Pusat membeli-belah ini sesuai untuk semua. Tiada tangga dan eskalator memudahkan warga emas berjalan, OKU menggunakan kerusi roda juga mudah. Ibu bapa bersama anak kecil selesa mengawal anak mereka yang aktif. Adakah Mesra Mall boleh menjadi lokasi “meet up” anda pada tahun 2019 ini? Mestilah!
Beli Peralatan Sukan Yang Anda Perlu Sahaja!
Sebelum ini pasti anda terikut-ikut membeli peralatan sukan, akhirnya tidak digunakan! Beli untuk nampak hebat sahaja! Ish ish ish itu adalah pembaziran. Lihat di sosial media semua mula bersukan. Ada yang memasuki larian marathon, berbasikal, yoga, futsal, aerobik, zumba, mendaki gunung dan macam-macam lagi. Pasti anda pernah memulakan yoga dengan membeli tikar yoga, bola yoga, stokin yoga, seluar yoga dan tshirt yoga. Ia persediaan yang menarik, tetapi anda guna ke? Kemudian anda mula belajar menari melalui Youtube, beli hot pants pula. Kuatnya impak sosial media kan? Kalau anda beli dan menggunakannya pasti ia mendatangkan hasil. Sebagai contoh, berat badan berkurang, tekanan emosi sudah terkawal dan anda sudah pandai mengira kalori makanan.
Sudah tiba masanya anda mendidik diri anda untuk fikir apa yang terbaik untuk diri anda. Anda perlu tahu kekuatan diri anda untuk melakukan apa sahaja jenis sukan. Seronok melihat rakan-rakan berlari marathon, dapat medal dan tshirt cantik. Anda juga boleh sertai larian seperti itu! Tetapi sebelum anda mula berlari untuk 5KM, 10KM atau 30KM terus, anda perlu berlatih. Perlahan-lahan berlari di kawasan rumah, gunakan kasut sukan sedia ada. Mulakan larian 500 meter selama 3 hari. Kemudian 1KM selama 1 minggu. Kemudian anda boleh terus tingkatkan jarak larian anda. Gunakan aplikasi GPS larian di telefon pintar anda untuk kesan berapa jauh jarak larian anda setiap hari.
Azam tahun baru 2019 adalah untuk mejaga diri! Bila diri kita sihat, kita boleh lakukan apa sahaja! Selamat bersukan!
Ikuti Facebook dan Instagram Mesra Mall kerana kami ada promosi hebat setiap hari!
Sosial media adalah medium paling cepat untuk anda tahu apa yang sedang berlaku di sekitar anda. Sebagai contoh apabila anda berada di Terengganu, pastinya anda ingin tahu dimana lokasi menarik untuk membeli-belah, mencari makanan sedap, lokasi seisi keluarga untuk beriadah, dan tawaran hebat sempena musim perayaan. Betul tak?
Apa kata anda mula ambil telefon pintar anda dan mencari akaun sosial media Mesra Mall. Klik url dibawah ini untuk lebih mudah.
Facebook : www.facebook.com/MyMesraMall
Instagram : www.instagram.com/mymesramall
Mesra Mall sentiasa mengemaskini promosi hebat setiap hari! Tidak percaya? Lihatlah apa yang menarik sekarang.
Selain tawaran istimewa, anda boleh tahu aktiviti yang sedang berlangsung di Mesra Mall. Aktiviti dan dekorasi sepanjang musim perayaan. Kedai-kedai di Mesra Mall juga juga menjalan promosi-promosi terkini, jangan lepaskan peluang dengan mengikuti sosial media kami!